SELAMATKAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA

Malaysia di ambang kehilangan Hutan Simpan Kuala Langat Utara untuk projek pembangunan. Walaupun hutan ini merupakan tanah adat bagi Orang Asli dan sangat penting untuk ekosistem kita, proses perundangan untuk menyahwarta HSKLU sudah selesai sejak 12 Ogos 2021.

TETAPI perjuangan kita belum selesai dan kita masih ada masa untuk melawan balik.

Kita perlu pastikan mereka bertanggungjawab.
Kita hendaklah selamatkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.


Apa itu Hutan Simpan Kuala Langat Utara?

Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) merupakan hutan paya gambut yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna yang unik serta terancam seperti Meranti Bakau, Beruang Matahari Malaya, Tupai Terbang Terkecil (Selangor Pygmy Flying Squirrel) dan juga Ikan Laga Merah yang sangat jarang dijumpai. Ia juga merupakan tanah adat komuniti Orang Asli daripada suku kaum Temuan yang mempunyai sejarah budaya dan resam signifikan untuk komuniti tersebut yang telah menetap di situ selama lebih 150 tahun.

Lebih-lebih lagi, hampir keseluruhan HSKLU adalah tanah gambut yang berperanan untuk mengawal perubahan iklim. Hal ini kerana tanah gambut bertindak sebagai medium penyimpanan karbon yang sangat bernilai. Hutan paya gambut menyumbang kepada pemuliharan biodiversiti dunia, meminimumkan risiko banjir serta membekalkan bekalan air yang bersih untuk diminum.

HSKLU bukan hanya sebarang hutan.

HSKLU merupakan hak milik suku kaum orang asli dan kekayaan biodiversitinya di Malaysia merupakan medium yang signifikan untuk mengawal impak darurat iklim yang kita hadapi sekarang.


Apa yang telah berlaku?

Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh YAB Amirudin Shari telah mencadang untuk menyahwartakan 931 hektar HSKLU pada tahun 2020 bagi memberi laluan untuk projek pembangunan. Walaupun 45,000 bantahan telah dihantar kepada Jabatan Perhutanan, termasuk 130,000 petisyen atas talian; undian sebulat suara oleh ADUN negeri untuk menyokong Usul 26 (melindungi semua hutan simpan yang diwartakan di Selangor); dan beberapa amaran daripada komuniti Orang Asli, aktivis alam sekitar dan badan bukan kerajaan tempatan (NGO), MB Amirudin Shari masih teguh dengan pendirian cadangan dan tiada keinginan langsung untuk melindungi hutan simpan berkenaan.

Apa akan terjadi sekiranya HSKLU dinyahwarta?

Penyahwartaan HSKLU akan meninggalkan implikasi yang teruk terhadap iklim dan juga Orang Asli Temuan. HSKLU lazimnya merupakan tempat bagi amalan adat dan juga tempat pengebumian bagi kaum Temuan selama 150 tahun. Pembasmian kebudayaan setempat berkait rapat dengan perampasan tanah adat bagi suku kaum orang asli ini serta merupakan tindakan yang menafikan hak suku kaum Temuan ini untuk menggunakan tanah adat mereka. Spesis terancam yang tinggal di HSKLU akan terus diancam kepupusan dan ini boleh membawa kepada kemusnahan biodiversiti di Malaysia. Tambahan pula, penyahwartaan ini juga dijangka akan membebaskan 3.2 juta tan gas karbon dioksida sewaktu dunia berada dalam darurat iklim. Ini mencerminkan satu tindakan yang dangkal semata-mata untuk mengejar keuntungan dan kefahaman yang cetek tentang impak kemelut iklim yang sedang dihadapi. Malaysia tidak menepati janji mereka seperti yang termaktub dalam Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim (UNFCCC) dan juga Perjanjian Paris, selain itu Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), pada peringkat negeri pula, Pelan Struktur Negeri Selangor dan juga pelan pembangunan Kuala Langat serta Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak-Hak Orang Asli (UNDRIP) sekiranya penyahwartaan diteruskan.


Apa yang terjadi sekarang?

Pada 12 Ogos, didedahkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah menyahwartakan 54% (536.7 h.a) daripada 931.17 h.a yang merangkumi HSKLU, dan tanah ini telah dipindah milik kepada syarikat swasta bernilai RM1.00 yang tiada rekod perkembangan demi pembangunan campuran.

Suara orang awam dan juga komuniti kebajikan yang menetap di HSKLU sekali lagi tidak diendahkan bersama ketidaktelusan dan akauntabiliti dalam membuat keputusan untuk menyahwartakan hutan ini. Walau bagaimanapun, pada 2 September, dilaporkan bahawa MB Selangor akan menunda keputusan untuk menyahwarta sehingga semua isu berkenaan Orang Asli dan juga iklim yang dibangkitkan dapat diperjelaskan.

Penundaan ini hanya bermaksud bahawa ‘kemusnahan hutan akan dijadualkan berlangsung pada tarikh yang lain’. Kita bukan menuntut penundaan, kita MENUNTUT supaya Kerajaan Selangor menarik semula penyahwartaan setiap kawasan di HSKLU.
Hutan dan juga sosioekonomi Orang Asli bukanlah bahan gadaian yang hanya menguntung sesetengah pihak, lebih-lebih lagi hutan yang mempunyai pelbagai kepentingan ekologi dan kebudayaan.


bacaan lebih:

Klik untuk membaca liputan media mengenai isu HSKLU.


Maklumat Terkini:

Mengupas maklumat yang membenarkan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Menyambut keputusan kerajaan negeri Selangor untuk memansuhkan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU)


Apa yang anda boleh lakukan untuk
menghulurkan bantuan?

Media sosial merupakan alat yang berupaya untuk mendapatkan bantahan dan menyuarakan pandangan. Lakukan peranan anda dalam melindungi biodiversiti kita dan mempertahankan tanah adat Orang Asli dengan menuntut ketelusan, akauntabiliti dan juga keadilan iklim untuk ditegakkan. Tekanan awam dan juga suara rakyat berkali-kali telah membuktikan bahawa ianya berkesan pada masa yang lalu. Ayuh gunakan suara kita untuk melindungi pewartaan hutan simpan dan juga tanah adat komuniti Orang Asli.

1. Hantarkan emel

Hantarkan emel kepada MB Selangor untuk menarik semula penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat.

2. Protes melalui media sosial

Protes melalui media sosial dengan aktif (Twitter, Facebook, Instagram, etc). Luahkan kekecewaan, keresahan dan kemarahan anda terhadap keputusan ini. Gunakan tanda pagar #HutanPergiMana #SelamatkanHSKLU #SaveKLNFR #RevokeTheDegazettement

3. Gunakan grafik dalam agenda aktivisme digital anda

Gunakan grafik dalam agenda aktivisme digital anda! Berikut merupakan antara karya seni, poster dan beberapa orang yang membantah menggunakan plakad bersama mesej mereka yang boleh dijadikan contoh.


Anda tidak perlu menjadi seorang aktivis alam sekitar atau Orang Asli untuk berjuang demi HSKLU

Perjuangan untuk menyelamatkan HSKLU ini milik KITA
MB seperti Amirudin Shari perlu bertanggungjawab terhadap tindakan beliau
Ia merupakan tanggungjawab kita untuk menggunakan suara keramat kita menyelamatkan
hutan ini,
tanah adat ini,
khazanah negara ini.

Tuntut agar penyahwartaan DITARIK
Tuntut agar HSKLU diselamatkan



Hubungi Kami

[email protected]


Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU)

SAVE KUALA LANGAT NORTH FOREST RESERVE

Malaysia is at risk of losing Kuala Langat North Forest Reserve to developmental projects. Despite this forest being an ancestral land of Orang Asli and essential to our ecosystem, the legal process to degazette KLNFR was completed on 12th August 2021.

BUT our fight is not over, and we still have time to fight back.

We must hold them accountable.
We must save Kuala Langat North Forest Reserve.


What is Kuala Langat North Forest Reserve?

The Kuala Langat North Forest Reserve (KLNFR) is a peat swamp forest that houses rare and endangered species, namely the Meranti Bakau, the Malayan Sun Bear, Selangor Pygmy Flying Squirrel, and the rare Langat Red Fighting Fish. It is also the ancestral land of the Orang Asli of the Temuan tribe which holds great ancestral and cultural significance for the community who have resided here for over 150 years.

More importantly, most of KLNFR are on peatlands, which are responsible for regulating climate change as peatlands act as valuable carbon storage. Peat swamp forests predominantly contribute to the conservation of global biodiversity, minimizing flood risks, and preserving safe drinking water.

KLNFR is more than just a forest.

KLNFR belongs to the indigenous people and it’s rich biodiversity in Malaysia is a significant tool in mitigating the climate emergency we are in right now.


What happened?

The Selangor State Government led by MB Amirudin Shari has proposed to degazette 931 hectares of KLNFR in 2020 for a mixed development project. Despite 45,000 objections submitted to the Forestry Department, and 130,000 online signatures; an unanimous vote by the state assembly to support Motion 26 (to protect all gazetted forest reserves in Selangor); and countless warnings from the Orang Asli community, environmentalists, and local NGOs, MB Amirudin Shari is still adamant with the proposal and has no intention to protect the forest reserve.

What will happen if KLNFR is degazetted?

The degazettement of KLNFR has adverse effects to both the climate and the Orang Asli of Temuan. KLNFR is habitually used for customary practices and is an ancestral burial site for the Temuans for over 150 years. The erasure of cultural significance goes hand in hand with the theft of land from the indigenous people and is downright dismissing the rights of the Temuans to roam and use their land. The critically endangered species that reside in KLNFR will be on the verge of extinction, threatening the collapsing biodiversity in Malaysia. Additionally, the degazettement is expected to release 3.2 million tonnes of CO2 in a time of a climate emergency. This demonstrates a short-sightedness in pursuit of profit, and a serious lack of understanding of the severity of the climate crisis. Malaysia is going against its obligations such as the United Nations’ Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) and its Paris Agreement, and the Convention on Biological Diversity (CBD), as well as, existing national, state (Selangor State Structure Plan) and local (Kuala Langat) development plans and the United Nations’ Declaration on the Rights of Indigenous People (UNDRIP), if this degazettement takes place.


What is Happening Now?

It was revealed that on 12 August, the Selangor government had degazetted 54% (536.7 h.a) of the 931.17 h.a that makes up KLNFR, and the land is set to be transferred to a RM1.00 private company with no track record, for a mixed commercial development.

The public’s voices and welfare of the community residing in KLNFR is once again disregarded with lack of transparency and accountability in the decision made to degazette the forest. However, on the 2nd of September, it was reported that the Selangor MB will postpone the degazettement until all issues concerning the Orang Asli and the climate that have been raised are clarified.

A postponement only means the destruction of our forests is scheduled for a later day. We are not asking for a postponement, we DEMAND the Selangor government REVOKE the degazettement of any area within KLNFR.

The forest and livelihoods of the Orang Asli are not sacrificial pawns for the privilege of some, especially a forest which holds so much significance ecologically and culturally.


Read more:

Click here to read previous media coverage on the issue.


Latest Updates:

Debunking information justifying the degazettement of Kuala Langat North Forest Reserve

PHSKLU welcomes Selangor government's decision to revoke degazettement of Kuala Langat North Forest Reserve (KLNFR)


What You Can Do To Help

Social media is a powerful tool to get your objections and voice across. Do your part in protecting our biodiversity and defending the land of the indigenous people by demanding for transparency, accountability, and climate justice to be upheld. Public pressure and the voices of the people have worked countless times in the past. Let's use our voices to protect the gazettement of the forest reserve and the land of the indigenous people.

1. Send pressure emails

Send pressure emails to MB Selangor to revoke the degazettement of Kuala Langat North Forest Reserve!

2. Protest On Social Media

Actively protest on social media (Twitter, Facebook, Instagram, etc). Express your frustration, disappointment, worries, and anger at this decision. Use the hashtags #HutanPergiMana #SelamatkanHSKLU #SaveKLNFR #RevokeTheDegazettement

3. Use our graphics in your digital activism

Use our graphics in your digital activism! Here are some artwork, posters and protest people where you can write your message on the placards.


You do not need to be an environmental activist OR an Orang Asli to fight for KLNFR.

This fight to save KLNFR is OURS.
MBs like Amirudin Shari need to be held accountable for their irresponsible actions.
It is our responsibility to use our voices to save
this forest,
this ancestral land,
this national treasure.

Demand for the degazettement to be REVOKED.
Demand for Kuala Langat North Forest Reserve to be saved



Contact Us

[email protected]


Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU)